Tahap Kesusahan : Rendah
Tempoh masa: 20 - 30 minit
Bahan :-
Kain Perca (Kapas)
Tali/Riben/Velcro
T-Shirt Lama
Benang
Peralatan:-
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Jarum Peniti
Langkah 1
Saya buat ni untuk kegunaan sendiri, jadi saya pakai T-Shirt lama je. Kalau nak buat untuk hadiah, eloklah beli kain yang baru. Barut ni untuk bayi, cuba cari kain kapas yang lembut dan sedikit stretch (cth: cotton spandex/cotton lycra) supaya tidak panas dan selesa untuk bayi.
Langkah 2
Ini adalah contoh barut bayi yang sedia ada, disebabkan saiz adalah standard saya gunakan je template barut ni. Senang :)
Langkah 3
Letak atas T-shirt lama, pastikan bila digunting kain depan dan belakang tu sama.
Macam ni la rupa dia selepas digunting. Ikut je barut contoh tu. Tak perlu nak pening-pening ye. Gunting ikut berapa banyak kita nak buat. Kalau gunting atas bawah macam ni dah dapat 2 helai untuk bahagian dalam barut tu.
Langkah 4
Kumpulkan kain perca yang nak digunakan untuk bahagian luar barut.
Nak jimat masa susun terus semua kain perca tu berlapis-lapis macam gambar dekat bawah ni. Lepas tu gunting ikut barut yang kita da gunting tadi.
Lepas dah gunting, camni lah rupa kain perca tadi. Saya buat 4 helai kesemuanya.
Langkah 5
Padankan
bahagian dalam dengan bahagian luar barut macam dalam gambar. Lepas tu,
pin kan untuk dijahit tengah dan tepi. Nak tengok cara jahitan boleh
rujuk pada barut contoh ye. Jangan lupa pastikan bahagian kain barut
sebelah dalam tu ialah bahagian kain yang lembut.
Lepas da jahit jadi lah camni. Nampak tak warna pink tu? Kalau nak cantik, boleh pakai warna benang sama dengan warna kain bahagian dalam :)
Langkah 6
Kita pinkan riben tu dan jahitkan bersama dengan barut.
Siap!
Beginilah hasil akhir barut bayi D.I.Y. Sekejap je buat ni dan tak perlukan kemahiran menjahit yang tinggi pun~ Salah satu barut ni saya gunakan velcro sebab riben saya dah habis. Hehe =P Selamat mencuba!
p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)