Share

Monday, September 14, 2015

Tutorial D.I.Y 6 : Skirt Bulat @ Circle Skirt




Tahap Kesusahan : Sederhana

Tempoh masa: 20 - 25 minit



Bahan :-

Kain Crepe (terpulang kalau nak material kain lain)

Benang

Getah



Peralatan:-

Mesin Jahit Biasa

Mesin Jahit Tepi

Gunting

Pita Pengukur/Pembaris

Jarum Peniti

Pensel



Skirt bulat?



Skirt ni popular sebab kekembangannya bila dipakai. Rasa macam ala-ala princess kan. Kalau nak buat tulle skirt pun pakai cara yang sama. Tapi skirt bulat ni memang memerlukan kain yang banyak. Kalau rasa tak nak pakai kain banyak bole la buat skirt separuh bulat atau suku bulat, kuranglah sikit kembangnya nanti tau. Cara nak ukur bole refer kat sini, tak payah pening nak kira bagai. 



Langkah 1



Pilih jenis kain dan corak yang anda inginkan. Macam biasa kain perca jadi mangsa. Saya buat ni skirt bulat 2 layer, saja nak menghabiskan kain. =P
 


Langkah 2



Lipat kain jadi empat lepas tu potong ikut pola yang dah kita buat siap-siap. Yang ni untuk lapisan kedua saya tambah sikit je dari yang layer pertama tadi.



Langkah 3


Lapiskan kedua-dua kain jadi camni lepas tu pin dan jahit kan sekali.

Langkah 4


Dah jahit baru kita jahit tepi supaya takyah buat kerja 2 3 kali.


Langkah 5


Getah ni memang khas untuk baby sebab dia lembut. Bole beli dekat mana-mana kedai jual barang jahitan. Waktu tu limited warna yang ada, oleh sebab nak jugak buat saya belasah je pakai walaupun tak masuk dengan corak dan warna kain saya. Ekeke.



Langkah 6


Ukur lilit pinggang baby yang kita nak lepas tu jahit getah macam ni.



Langkah 7


Bila da jahit kain akan berlebihan macam ni sebab tu setiap kali jahit pastikan getah diregangkan supaya sama panjang dengan skirt tu nanti.




Nampak tak? Jangan bagi kain tu berkedut masa jahitkan getah.


Langkah 7a


Lupa nak pesan sebelum start jahit, pastikan pilih jenis jahitan 'zig zag' supaya getah tu nanti boleh meregang banyak.



Yippee!


Lepas jahit tepi, siap lah skirt bulat kite. Boleh pakaikan dekat baby. Yeay! Selamat mencuba~ 




p/s: Gambar semua pakai telefon saya yang cikai je. Maaf =P



 




No comments:

Post a Comment