Share

Tuesday, September 16, 2014

Tutorial D.I.Y 3 : 'Patchwork Quilt'

Tahap Kesusahan : Tinggi

Tempoh masa: 2 - 3 jam

Bahan :- 
Kain Perca (Kapas) 
Batting
Benang

Peralatan:- 
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur
Jarum Peniti 
Seterika
Kapur
Pembaris

Apa itu quilt?

Apa yang dimaksudkan dengan quilt ni? Sebenarnya sama je kategori dengan selimut, cuma lebih tebal dan terdiri daripada 3 lapisan bahan yang dijahit bersama. Lapisan pertama kain bercorak, lapisan kedua batting dan lapisan ketiga kain lembut. Terpulang pada kreativiti dan keselesaan masing-masing untuk pilih bahan bagi setiap lapisan.

Batting

Bahasa melayu taktau, rasa macam takde je. Rasa dia ala-ala span, selalu kalau macam dalam teddy bear ke macam ni la lebih kurang rasa dia. Tapi batting ni dia da jadikan flat dan ada beberapa jenis ketebalan. Yang saya gunakan ni ketebalan 1/2 inci je. Kalau nak rasa lagi tebal macam comforter tu boleh la lapiskan banyak-banyak. Saya pakai batting ni macam biasalah, lebihan daripada projek sebelum-sebelum ni. 


Langkah 1

Panjang dan lebar ukuran quilt saya ni adalah 40 inci x 40 inci, nak buat lagi kecik boleh, lagi besar pun boleh. Kalau pertama kali buat boleh cuba kecil sikit, nanti takdelah rugi kain atau bahan kan. Kain perca saya banyak lagi, kalau nak lagi pelbagai, potonglah kain bermacam-macam jenis corak dan ukuran tu buat lah kecil-kecil. Contohnya macam ni, setiap kain dipotong 10 inci x 10 inci. Tapi ingat basi untuk jahitan ye, jadi potonglah 11 inci x 11 inci baru dapat 10 inci tau.

Langkah 2

Bila da potong, jahitkan semua kain yang kita da potong tu. Jangan lupa untuk seterika basi jahitan tu ye, supaya kemas dan rapi quilt kita bila disambungkan nanti.


Dah gunting dan dijahitkan, jadi lah lebih kurang macam ni. Saya buat ada yang 10 inci x 20 inci dan ada yang 10 inci x 10 inci. Ini untuk bahagian depan.


Ini pulak untuk bahagian belakang. Takde tema atau apape pun, sebab memang nak menghabiskan kain perca. Kalau nak buat untuk baby boy bolehlah cari corak kain yang lebih sesuai.

Langkah 3

Letakkan lapisan depan atau belakang di bahagian bawah sekali, kemudian letak batting, macam dalam gambar ni. Batting saya dah dipotong-potong kecil, jadi saya susunlah macam main puzzle. Hentam sajalah labu~ Asalkan menutup saiz kain yang dah dijahit tadi.



Langkah 4

Lepas tu letak kain yang telah dijahit lagi satu tu dekat atas batting tadi. Tak kesah pun sebab bila dah jahit kain depan ke belakang ke sama je, yang penting batting tu mesti berada di tengah-tengah. 


Langkah 5

Dah susun ketiga-tiga lapisan tadi, kemaskan. Jangan ada gelembung, sebab nanti proses selepas ni nak bukak balik jahitan memang pengsan. Langkah yang ni penting walaupun nampak remeh, pastikan kain dan batting tadi tu rata dan tiada kedutan ye. Lepas tu pin kan banyak-banyak seluruh kain depan, batting dan kain belakang. Biar penuh pun takpe supaya bila kita jahit nanti tak lari.



Langkah 6

Jahit dulu dekat bahagian tepi sahaja dan potong lebihan kain dan batting. Langkah ni penting supaya memudahkan kita bila nak jahit tepi nanti.


Bila dah jahit dan gunting tepi, jadilah macam ni. Pening pulak tengok banyak corak. Hihi.

Langkah 7

Okay, langkah yang ni pulak saya lukis 2 inci x 2 inci atas kain pakai kapur kain. Jangan pakai kapur untuk papan hitam tu pulak ye. Kalau ada pen yang jenis washable ink tu pun boleh pakai kalau ada.



Jahit mengikut garisan yang kita dah lukis pakai kapur tadi. Quilt ni agak tebal daripada jahit biasa-biasa. Oleh itu saya tukar foot mesin jahit saya dengan walking foot. Kalau pakai foot biasa senang lari dan jarum boleh senang patah.


Ha, nampak tak macam ada garisan tu? Ni selepas dijahit menegak, lepas tu jahit pulak melintang. Kalau lagi rajin, jahit senget pulak.


Langkah 8

Sekarang kita nak buat binding untuk finishing quilt kita nih. Binding ni kalau nak diterangkan macam frame gambar, kita ada ada quilt (gambar) jadi kita perlukan binding (frame) untuk finishing. Panjang binding ni kena tambah 4 inci daripada ukur lilit quilt. Contoh ukur lilit quilt saya 40 inci x 4 = 160 inci + 4 inci = 144 inci. Nak tambah panjang lagi sebab takut tak cukup pon boleh~ Lebar pulak saya potong 2.5 inci.

 
Bila jahit tu pastikan bahagian kain depan bertemu depan. Jangan terbalik pulak ye.

Bila da jahit jadi macam ni. Bahagian depan kain bertemu depan kain.

Sebelah belakang tu potong lebihan kain, kita taknak nanti binding kita jadi tebal. Tak cantik. Untuk tutorial penuh buat binding tape ni bole bukak link bawah ni. Ada jugak orang panggil bias tape, kalau malas nak buat sendiri beli dekat kedai pun ada jual tapi selalunya lebar dia kecik dan kain kosong.
  
How To Make Your Own Bias Tape

 
Langkah 9

Dah siap binding/bias tape anda? Jom kita sambungkan dengan quilt kita pulak okay? Tutorial macam mana nak quilt binding ni saya bagi link ye.

The Ultimate Quilt Binding Tutorial


Macam ni lah rupa quilt saya yang belum habis binding. Ada dua cara binding, samada nak buat pakai tangan (lambat tapi tak nampak jahitan) atau pakai mesin (cepat tapi nampak jahitan). Jahit tangan akan makan masa tapi hasil akhir lebih kemas dan cantik, terpulang pada anda. Saya bagi link untuk binding gunakan mesin jahit kat bawah ni ye.

How To Bind a Quilt With a Sewing Machine



Siap!



Akhirnya saya jahit tangan sebab ikut encik suami ke ofis tak boleh angkut mesin jahit. Hehe. DIY ni memang makan masa yang banyak tapi hasil akhir sangat berbaloi. ^_^ All the best!

p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)


Wednesday, September 10, 2014

Tutorial D.I.Y 2 : Selimut Bayi

Tahap Kesusahan : Sederhana

Tempoh masa: 20 - 30 minit

Bahan :- 
Kain Perca (Kapas) 
Kain Fleece
Benang

Peralatan:- 
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur
Jarum Peniti 
Seterika


Langkah 1

Kali ni saya ada banyak kain fleece yang lebih, jadi daripada buang boleh buat jadi selimut. Jenis kain fleece ni lembut dan sedikit tebal, sesuai untuk buat selimut bayi. Panjang dan lebar selimut ni terpulang nak buat berapa besar ye.


Langkah 2

Lepas dijahitkan bersama jadilah rupa selimut tu camni, ada rasa macam gula-gula pulak~ jangan lupa untuk ambil kira basi kain ye. Contohnya kalau nak buat ukuran 35 inci x 35 inci, kain yang dipotong harus ditambah 1 inci apabila basi jahitan adalah 1/2 inci. Kalau tak jadi pendek lah sikit ukuran selimut tu.


Langkah 3

Lepas dah jahit tu, terbalikkan kain. Dia akan nampak macam ni, tak cantik kan? Bahagian jahitan kain fleece ni mesti digosok dengan seterika. Saya suka pakai seterika jenis stim sebab tak payah susah-susah nak sembur-sembur air. 



Gosok macam ni bagi rata dan kemas, supaya bila kita jahit kain corak nanti selimut kita padat dan cantik, tak menggelembung.


Langkah 4

Lepas dah gosok tu kita ukur berapa panjang dan lebar kain yang dah siap tu, sebab kita nak potong kain corak pulak untuk dijahitkan bersama dengan kain fleece ni. Saya memang suka pakai kain kapas sebab lembut dan tak panas, nak cuci pun senang.


Siap!



Senang kan? Kacang je ni, cuma ambil masa sikit nak ratakan kain tu sebelum dijahit bersama. Untuk finishing tepi, saya pakai mesin jahit tepi je sebab nak cepat. Selamat menjahit-jahit~

p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)



Friday, August 29, 2014

Tutorial D.I.Y 1 : Barut Bayi

Tahap Kesusahan : Rendah

Tempoh masa: 20 - 30 minit

Bahan :- 
Kain Perca (Kapas) 
Tali/Riben/Velcro
T-Shirt Lama
Benang

Peralatan:- 
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Jarum Peniti

Langkah 1

Saya buat ni untuk kegunaan sendiri, jadi saya pakai T-Shirt lama je. Kalau nak buat untuk hadiah, eloklah beli kain yang baru. Barut ni untuk bayi, cuba cari kain kapas yang lembut dan sedikit stretch (cth: cotton spandex/cotton lycra) supaya tidak panas dan selesa untuk bayi.


 Langkah 2

Ini adalah contoh barut bayi yang sedia ada, disebabkan saiz adalah standard saya gunakan je template barut ni. Senang :)


Langkah 3

Letak atas T-shirt lama, pastikan bila digunting kain depan dan belakang tu sama.


Macam ni la rupa dia selepas digunting. Ikut je barut contoh tu. Tak perlu nak pening-pening ye. Gunting ikut berapa banyak kita nak buat. Kalau gunting atas bawah macam ni dah dapat 2 helai untuk bahagian dalam barut tu.



Langkah 4

Kumpulkan kain perca yang nak digunakan untuk bahagian luar barut. 




Nak jimat masa susun terus semua kain perca tu berlapis-lapis macam gambar dekat bawah ni. Lepas tu gunting ikut barut yang kita da gunting tadi.



Lepas dah gunting, camni lah rupa kain perca tadi. Saya buat 4 helai kesemuanya.


Langkah 5


Padankan bahagian dalam dengan bahagian luar barut macam dalam gambar. Lepas tu, pin kan untuk dijahit tengah dan tepi. Nak tengok cara jahitan boleh rujuk pada barut contoh ye. Jangan lupa pastikan bahagian kain barut sebelah dalam tu ialah bahagian kain yang lembut.



Lepas da jahit jadi lah camni. Nampak tak warna pink tu? Kalau nak cantik, boleh pakai warna benang sama dengan warna kain bahagian dalam :)



Langkah 6


Ambil riben atau tali untuk disambungkan ke barut yang kita da jahit tadi. Ukuran nak buat sama panjang macam barut contoh boleh, nak panjangkan pun boleh. Terpulang. Warna riben pulak tak semestinya putih, nak tukar warna lain boleh, nak buat macam pelangi pun boleh~



Kita pinkan riben tu dan jahitkan bersama dengan barut.


Siap!




Beginilah hasil akhir barut bayi D.I.Y. Sekejap je buat ni dan tak perlukan kemahiran menjahit yang tinggi pun~ Salah satu barut ni saya gunakan velcro sebab riben saya dah habis. Hehe =P Selamat mencuba!




p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)