Share

Thursday, February 26, 2015

Tutorial D.I.Y 4 : Bolster Mini

Tahap Kesusahan :Rendah

Tempoh masa: 15 - 20 minit

Bahan :- 
Kain Kapas (terpulang kalau nak material kain lain)

Benang
Kekabu

Peralatan:- 
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur/Pembaris
Jarum Peniti 
Pensel

Ampun Maaf

Wau~ last entry tahun lepas. Rezeki mendapat kerja baru dan terlalu sibuk nak menjahit tambahan dah sarat sangat tak larat nak menjahit. Habis pantang baru ada masa nak jahit balik. Kali ni kita buat bolster mini pulak. Al maklum lah dah ada anak kecil =P 

Langkah 1

Potong kain mengikut saiz yang kita nak. Macam saya punya ni 14 inci x 18 inci. Jangan lupa tambah 1 inci untuk basi kain ye. Diamater untuk bulatan saya buat 3 inci, tambah basi jadi 4 inci. Bulatan tu saya buat guna bekas pin tu ha. Ambik je apape benda asalkan bulat.

Langkah2

Lepas tu kita lipat dua dan pin kan. Yang panjang tau. Macam saya ni kita lipat yang ukuran 18 inci. Kalau salah lipat nanti jadi bolster mini cap gemok. Hehe. Tinggalkan bahagian tengah sebab yang ni nanti kita nak masukkan kekabu. Saya buat pangkah guna 2 pin supaya tak terjahit sampai habis.

Langkah 3

Dah jahit tengah, kita tengok dekat bahagian tepi jadi camni. Kita nak jahit pulak kain yang kita potong bulat tu dengan basi sebanyak 1/2 inci.

Langkah 4

Pin kan dulu kain yang bulat tu dan jahit perlahan-lahan.

Langkah 5

Cenggini lah rupanya dari sebelah dalam kain. Takyah jahit tepi pon takpe sebabnya takkan nampak. Tapi kalau rajin boleh je.
Langkah 6

Ha~ ni nak tunjuk kalau kita terbalikkan kain tadi akan nampak hasilnya begini. Memang akan jadi kedut-kedut camni, maka nya janganlah risau ye.
Langkah 7

Jahit pulak yang lagi sebelah dan hasilnya kita dapat camni. Masukkan kekabu pulak. Saya beli dekat belakang jalan reko lepas shell (sebelah kanan). Sape yang dok bangi tau lah kat mana saya maksudkan. 1kg dapat rm17, kalau beli kat kajang dapat rm16 tapi sebab jalan ke kajang salu sesak malas nak pegi sana,

Langkah 8

Lepas da masukkan kekabu padat-padat, kita jahit lilit pari untuk tutup lubang kat tengah tu dengan kemas. Saya buat jahitan ni sebab nak kuat dan tak senang terkoyak. Nak buat jelujur pon boleh, nak pakai mesin pon boleh. Terpulang kepada anda.

Siap!

Senang kan? Kalau beli kat luar camni harga paling kurang pon rm20. Kekabu 1kg tu anda boleh buat 5 hingga 6 set bolster mini camni. Untung kan? Bole la bagi pada sanak saudara rakan taulan dan seangkatan dengannya. Selamat mencuba~

p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)

- See more at: http://jahitanara.blogspot.com/#sthash.ATXTZ9ME.dpuf
p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)

- See more at: http://jahitanara.blogspot.com/#sthash.ATXTZ9ME.dpuf

p/s: Gambar semua pakai telefon saya yang cikai je. Maaf =P