Tahap Kesusahan : Sederhana
Tempoh masa: 20 - 30 minit
Bahan :-
Kain Perca (Kapas)
Kain Fleece
Benang
Peralatan:-
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur
Jarum Peniti
Seterika
Langkah 1
Kali ni saya ada banyak kain fleece yang lebih, jadi daripada buang boleh buat jadi selimut. Jenis kain fleece ni lembut dan sedikit tebal, sesuai untuk buat selimut bayi. Panjang dan lebar selimut ni terpulang nak buat berapa besar ye.
Langkah 2
Lepas dijahitkan bersama jadilah rupa selimut tu camni, ada rasa macam gula-gula pulak~ jangan lupa untuk ambil kira basi kain ye. Contohnya kalau nak buat ukuran 35 inci x 35 inci, kain yang dipotong harus ditambah 1 inci apabila basi jahitan adalah 1/2 inci. Kalau tak jadi pendek lah sikit ukuran selimut tu.
Langkah 3
Lepas dah jahit tu, terbalikkan kain. Dia akan nampak macam ni, tak cantik kan? Bahagian jahitan kain fleece ni mesti digosok dengan seterika. Saya suka pakai seterika jenis stim sebab tak payah susah-susah nak sembur-sembur air.
Gosok macam ni bagi rata dan kemas, supaya bila kita jahit kain corak nanti selimut kita padat dan cantik, tak menggelembung.
Lepas dah gosok tu kita ukur berapa panjang dan lebar kain yang dah siap tu, sebab kita nak potong kain corak pulak untuk dijahitkan bersama dengan kain fleece ni. Saya memang suka pakai kain kapas sebab lembut dan tak panas, nak cuci pun senang.
Senang kan? Kacang je ni, cuma ambil masa sikit nak ratakan kain tu sebelum dijahit bersama. Untuk finishing tepi, saya pakai mesin jahit tepi je sebab nak cepat. Selamat menjahit-jahit~
p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)
Nak jahit juga..
ReplyDeleteSilakan~ :)
Delete