Tahap Kesusahan : Tinggi
Tempoh masa: 2 - 3 jam
Bahan :-
Kain Perca (Kapas)
Batting
Benang
Peralatan:-
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur
Jarum Peniti
Seterika
Kapur
Pembaris
Apa itu quilt?
Apa yang dimaksudkan dengan quilt ni? Sebenarnya sama je kategori dengan selimut, cuma lebih tebal dan terdiri daripada 3 lapisan bahan yang dijahit bersama. Lapisan pertama kain bercorak, lapisan kedua batting dan lapisan ketiga kain lembut. Terpulang pada kreativiti dan keselesaan masing-masing untuk pilih bahan bagi setiap lapisan.
Batting
Bahasa melayu taktau, rasa macam takde je. Rasa dia ala-ala span, selalu kalau macam dalam teddy bear ke macam ni la lebih kurang rasa dia. Tapi batting ni dia da jadikan flat dan ada beberapa jenis ketebalan. Yang saya gunakan ni ketebalan 1/2 inci je. Kalau nak rasa lagi tebal macam comforter tu boleh la lapiskan banyak-banyak. Saya pakai batting ni macam biasalah, lebihan daripada projek sebelum-sebelum ni.
Langkah 1
Panjang dan lebar ukuran quilt saya ni adalah 40 inci x 40 inci, nak buat lagi kecik boleh, lagi besar pun boleh. Kalau pertama kali buat boleh cuba kecil sikit, nanti takdelah rugi kain atau bahan kan. Kain perca saya banyak lagi, kalau nak lagi pelbagai, potonglah kain bermacam-macam jenis corak dan ukuran tu buat lah kecil-kecil. Contohnya macam ni, setiap kain dipotong 10 inci x 10 inci. Tapi ingat basi untuk jahitan ye, jadi potonglah 11 inci x 11 inci baru dapat 10 inci tau.
Langkah 2
Bila da potong, jahitkan semua kain yang kita da potong tu. Jangan lupa untuk seterika basi jahitan tu ye, supaya kemas dan rapi quilt kita bila disambungkan nanti.
Dah gunting dan dijahitkan, jadi lah lebih kurang macam ni. Saya buat ada yang 10 inci x 20 inci dan ada yang 10 inci x 10 inci. Ini untuk bahagian depan.
Ini pulak untuk bahagian belakang. Takde tema atau apape pun, sebab memang nak menghabiskan kain perca. Kalau nak buat untuk baby boy bolehlah cari corak kain yang lebih sesuai.
Langkah 3
Letakkan lapisan depan atau belakang di bahagian bawah sekali, kemudian letak batting, macam dalam gambar ni. Batting saya dah dipotong-potong kecil, jadi saya susunlah macam main puzzle. Hentam sajalah labu~ Asalkan menutup saiz kain yang dah dijahit tadi.
Langkah 4
Lepas tu letak kain yang telah dijahit lagi satu tu dekat atas batting tadi. Tak kesah pun sebab bila dah jahit kain depan ke belakang ke sama je, yang penting batting tu mesti berada di tengah-tengah.
Langkah 5
Dah susun ketiga-tiga lapisan tadi, kemaskan. Jangan ada gelembung, sebab nanti proses selepas ni nak bukak balik jahitan memang pengsan. Langkah yang ni penting walaupun nampak remeh, pastikan kain dan batting tadi tu rata dan tiada kedutan ye. Lepas tu pin kan banyak-banyak seluruh kain depan, batting dan kain belakang. Biar penuh pun takpe supaya bila kita jahit nanti tak lari.
Langkah 6
Jahit dulu dekat bahagian tepi sahaja dan potong lebihan kain dan batting. Langkah ni penting supaya memudahkan kita bila nak jahit tepi nanti.
Bila dah jahit dan gunting tepi, jadilah macam ni. Pening pulak tengok banyak corak. Hihi.
Langkah 7
Okay, langkah yang ni pulak saya lukis 2 inci x 2 inci atas kain pakai kapur kain. Jangan pakai kapur untuk papan hitam tu pulak ye. Kalau ada pen yang jenis washable ink tu pun boleh pakai kalau ada.
Jahit mengikut garisan yang kita dah lukis pakai kapur tadi. Quilt ni agak tebal daripada jahit biasa-biasa. Oleh itu saya tukar foot mesin jahit saya dengan walking foot. Kalau pakai foot biasa senang lari dan jarum boleh senang patah.
Ha, nampak tak macam ada garisan tu? Ni selepas dijahit menegak, lepas tu jahit pulak melintang. Kalau lagi rajin, jahit senget pulak.
Langkah 8
Sekarang kita nak buat binding untuk finishing quilt kita nih. Binding ni kalau nak diterangkan macam frame gambar, kita ada ada quilt (gambar) jadi kita perlukan binding (frame) untuk finishing. Panjang binding ni kena tambah 4 inci daripada ukur lilit quilt. Contoh ukur lilit quilt saya 40 inci x 4 = 160 inci + 4 inci = 144 inci. Nak tambah panjang lagi sebab takut tak cukup pon boleh~ Lebar pulak saya potong 2.5 inci.
Bila jahit tu pastikan bahagian kain depan bertemu depan. Jangan terbalik pulak ye.
Bila da jahit jadi macam ni. Bahagian depan kain bertemu depan kain.
Sebelah belakang tu potong lebihan kain, kita taknak nanti binding kita jadi tebal. Tak cantik. Untuk tutorial penuh buat binding tape ni bole bukak link bawah ni. Ada jugak orang panggil bias tape, kalau malas nak buat sendiri beli dekat kedai pun ada jual tapi selalunya lebar dia kecik dan kain kosong.
How To Make Your Own Bias Tape
Langkah 9
Dah siap binding/bias tape anda? Jom kita sambungkan dengan quilt kita pulak okay? Tutorial macam mana nak quilt binding ni saya bagi link ye.
The Ultimate Quilt Binding Tutorial
Macam ni lah rupa quilt saya yang belum habis binding. Ada dua cara binding, samada nak buat pakai tangan (lambat tapi tak nampak jahitan) atau pakai mesin (cepat tapi nampak jahitan). Jahit tangan akan makan masa tapi hasil akhir lebih kemas dan cantik, terpulang pada anda. Saya bagi link untuk binding gunakan mesin jahit kat bawah ni ye.
How To Bind a Quilt With a Sewing Machine
Akhirnya saya jahit tangan sebab ikut encik suami ke ofis tak boleh angkut mesin jahit. Hehe. DIY ni memang makan masa yang banyak tapi hasil akhir sangat berbaloi. ^_^ All the best!
p/s: Gambar semua di ambil menggunakan kamera telefon sahaja. Maaf sekiranya tidak jelas dan comot ;)
Cantik Dan sangat membantu bagi saya yg beginner. ��
ReplyDelete