Share

Monday, September 21, 2015

Tutorial D.I.Y 7 : Seluar Tido @ Pajamas



Tahap Kesusahan : Tinggi
Tempoh masa: 25 - 30 minit

Bahan :-
Kain Kapas (terpulang kalau nak material kain lain)
Benang
Getah
Seluar Tidur (Yang paling selesa)

Peralatan:-
Mesin Jahit Biasa
Mesin Jahit Tepi
Gunting
Pita Pengukur/Pembaris
Jarum Peniti
Pensel
Kertas Minyak

Cara Buat Pola

Okeh yang ni adalah konsep fotostat, kita gunakan seluar yang ada untuk kita tekap dan jadikan pola untuk kita pakai berkali-kali. Tapi pilih la seluar yang paling anda selesa pakai supaya hasil akhir seluar tu pun sedap bila siap nanti.


Langkah 1

Bentangkan kertas minyak macam ni.




Langkah 2

Seluar ni kita nak gunting depan dan belakang kalau tak nak gunting lipat jadi dua pun bole.

Jadi macam ni lepas kita da potong. Sebelah kiri tu bahagian depan, sebelah kanan tu belakang. Perasan tak lengkung bahagian belakang tu lebih panjang?


Langkah 3

Letas atas kertas minyak dan lukis balik pakai pensel dan jgan lupa tambah setengah inci basi.


Langkah 4

Gunting kan pola dapat la macam ni. Labelkan dekat pola tu mana depan mana belakang.



Langkah 5

Letak pola atas kain, pin kan dan teruskan potong. Kali ni takyah potong basi setengah inci sebab kita da buat siap-siap dalam pola tadi.


Depan pulak. Setiap pola dua helai tau. Kalau potong 1 je nanti dapat sebelah seluar je. Hihi.




Langkah 6

Nah. Ini rupa dia selepas dah potong. Depan yang polka dot belakang yang berbunga tu. Saya buat macam ni supaya senang nanti nak bandingkan. Nanti korang pening plak kan. >_<



Langkah 7

Sambungkan bahagian depan dan belakang. Nanti dapat macam ni.



Langkah 8

Terbalikkan salah satu jadi macam ni.

Pastu masukkan ke dalam seluar lagi satu sampai lah bertemu bahagian atas dengan atas, bawah dengan bawah.
 

Langkah 9

Dari atas nampak lah macam ni lepas dah masukkan.


Pin kan sama rata lepas tu jahit lurus je. Jahit tepi lah macam biasa lepas dah sambungkan.



Jadi macam ni. Nampak dah rupa seluar.
 

Langkah 10

Bahagian pinggan jahit sikit lipatan untuk kita masukkan getah.


Getah boleh ikut ukuran pinggang lepas tu tolak 2 inci untuk bagi ketat sikit. Kalau ngam-ngam ikut pinggang nanti londeh pulak.

Langkah 11
 
Masukkan getah macam dalam tutorial DIY sarung bolster mini.
 

Tapi cara jahit getah lain sikit sebab getah kita pakai tebal. Kena lapik dua macam ni.
 

Pastu jahit macam ni ada kotak lepas tu ada X baru lah kukuh jahitan getah.
 

Tutup lubang kain masukkan getah tadi.
 

Fuh siap gak akhirnya!
 
Akhirnya siap gak, memang banyak langkah yang ni tapi boleh lah pakai banyak kali pola tu nanti. Selamat menjahit~







p/s: Gambar semua pakai telefon saya yang cikai je. Maaf =P


No comments:

Post a Comment